ISU BAS AMFIBIA ROSAK DI TERENGGANU DIPOLITIKKAN PIHAK PEMBANGKANG, IANYA TIDAK SERIUS SEPERTI MANA DITULAR DI MEDIA SOSIAL



Isu bas amfimbia atau amphicoach yang dibeli Kerajaan negeri Terengganu sesungguhnya menjadi tumpuan pihak pembangkang. Ianya menjadi satu isu buat pembangkang yang mempertikaikan kemampuan bas yang dibeli oleh pihak Kerajaan negeri.



Baru-baru ini ada niat jahat yang cuba dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memberi gambaran negatif terhadap bas amfibia yang dibeli Kerajaan negeri Terengganu dengan menular isu kerosakan bas berkenaan yang sebenarnya tidak benar sama sekali.

Dalam hal ini,Kerajaan negeri Terengganu telah menafikan bahawa bas amfibia yang dibelinya rosak seperti video tular di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, hanya hos peniup udara (blower hose) kenderaan itu yang tercabut ketika Menteri Besar Terengganu itu memandu ujinya di Sungai Terengganu.



Masalah teknikal ini hanyalah masalah kecil yang mana ianya tidak mendatangkan mudarat kepada bas berkenaan kerana hanya peniup udara tercabut dan boleh dibaiki.

Di samping itu juga, bas amfibia ini masih lagi dalam proses tempoh ujian dan percubaan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu yang mahu melihat kemampuan sebenar bas berkenaan sebelum dibenarkan beroperasi di Terengganu.
Kerajaan negeri Terengganu juga difahamkan masih mahu lagi meneruskan ujian ke atas kenderaan berkenaan sehingga mereka berpuas hati dengan aspek keselamatan dan keupayaan bas berkenaan.

Situasi kejadian ‘adhoc’ dan sebenar yang berlaku ke atas bas yang diuji baru-baru ini juga membolehkan para penyelamat menjalankan proses operasi menyelamat sebenar yang hanya memakan masa 10 minit sahaja dan dilihat sendiri Menteri Besar Terengganu.



Kejadian kecemasan ini juga merupakan satu bonus kerana ianya membolehkan tindakan simulasi spontan sebenar dilakukan untuk menghadapi kejadian buruk atau cara menangani masalah pada kenderaan berkenaan apabila berlaku kecemasan.



Perkara ini penting kerana Kerajaan negeri mahu memastikan bas ini boleh berfungsi sebaik-baiknya di dalam air dan atas darat bagi menilai tahap keselamatan kenderaan tersebut sebelum ia mula beroperasi sepenuhnya dan digunakan orang ramai nanti. Pihak kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan semua aspek keselamatan diberi keutamaan dahulu.

No comments

Powered by Blogger.