600 Pegawai dan anggota penyelamat malaysia negeri Terengganu mengundi awal

KUALA TERENGGANU – Kira-kira 600 pegawai dan anggota bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Terengganu yang terlibat dalam operasi diberi peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pos buat kali pertama, pada pilihan raya umum akan datang.



Timbalan Pengarah JBPM negeri Terengganu, Sharikan Bustaman berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membenarkan anggotanya menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara menerusi undi pos.

“Jumlah itu dijangka akan bertambah kerana proses pendaftaran untuk undi pos belum ditutup sehingga parlimen dibubarkan.



“Malah saya juga secara berterusan panggil dan bagi taklimat kepada pegawai di balai-balai bomba di seluruh negeri Terengganu untuk memberi penerangan berkenaan dengan undi pos.  Sebab ada dikalangan mereka ini tidak faham dengan kemudahan yang disediakan ini.



“Sebab ini pertama kali dalam sejarah selama piliharaya diadakan, kita diberi peluang untuk membuat undi pos sebagaimana jabatan penjara, hospital dan beberapa jabatan lain.  Ia memberi   kemudahan terutama yang akan bertugas semasa berlangsung pilihanraya,” katanya selepas Majlis Temu Mesra Penyelaras Dun Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi bersama warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, di sini, hari ini.

Malah pihak bomba juga telah menjalankan pemeriksaan di semua lokasi yang bakal digunakan semasa PRU14 seperti pusat pengundian dan pengiraan undi.

Pemeriksaan berkenaan melibatkan aspek keselamatan kebakaran termasuklah sistem pendawaian dan alat pemadam api yang disediakan dengan kerjasama pihaknya dengan SPR negeri.



Pihaknya juga akan mengeluarkan surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk memaklumkan kepada sekolah yang dijadikan pusat mengundi supaya memastikan alat pemadam api dalam keadaan baik.

Sumber-Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.