Terengganu Hockey Team (THT) kempunan lagi

Impian Pasukan Hoki Terengganu (THT) untuk melakukan kejutan menjulang Piala Sumbangsih buat kali pertama tidak kesampaian apabila tewas kepada Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 4-5 menerusi penentuan pukulan penalti selepas terikat 2-2 pada aksi sebenar di Stadium Hoki Batu Burok petang tadi.

Kekalahan itu juga mengulangi kekecewaan THT yang juga dimalukan oleh lawan yang sama dalam Piala Tan Sri P Alagendra Ahad lepas.
Pasukan tuan rumah yang turun dengan motivasi tinggi memulakan serangan ke kubu lawan dan hampir memperoleh jaringan pada minit ke-13 melalui Joaqin Menini namun tersasar.


Anak buah Lim Chiow Chuan membuat serangan balas dan berjaya mendapat gol pertama melalui pukulan sudut penalti bekas import THT Jang Jonghyun.
Pelawat menambah jaringan oleh Muhammad Hafizuddin Zaidi minit ke-24 untuk kedudukan 2-0.
Sokongan penyokong setia berjaya membantu THT merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti pemain kebangsaan Faizal Shaari minit ke-44.


Peilat muncul penjaring kedua THT untuk mengikat kedudukan 2-2 dua minit sebelum tamat permainan.
Kegagalan Faizal menyempurnakan pukulan penalti telah menghampakan THT meraih trofi dengan kedudukan akhir 5-4.
KLHC tersenyum puas membawa pulang Piala Sumbangsih yang disampaikan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


KLHC tersenyum puas membawa pulang Piala Sumbangsih yang disampaikan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Keputusan itu memberikan satu mata kepada KLHC dan THT yang juga perlawanan pertama Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini. – Terengganu.news

No comments

Powered by Blogger.