Terengganu bakal di gegarkan aksi jaguh muay Thai asia



Kejohanan Terengganu International Muay Thai Challenge 2018 (TIMTC) yang akan diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 12 Januari ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM35,000.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan TIMTC Mohd Azmi Deraman berkata, pertandingan julung kali itu dianjurkan Kelab Muay Thai Kampung Kubang Jela dan Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu dengan kerjasama NGO Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dengan Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia (PKBM) yang disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Terengganu.



Tambahnya kejohanan ini turut menghimpunkan jaguh tomoi antarabangsa termasuk dari Algeria, Thailand dan Iran bagi memeriahkan lagi sukan ini.
‘Seramai 14 peserta yang bertanding dalam TIMTC yang juga disertai dari Algeria, Thailand dan Iran di mana pertandingan ini turut mewujudkan Piala Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang akan direbut peninju terbaik pada kali ini’.





‘Selain itu kategori kanak-kanak dan wanita juga diwujudkan dan bekas wakil Malaysia bawah 19 tahun Fikri Rozan mengesahkan penyertaan’.



‘Sukan Muay Thai mempunyai potensi untuk berkembang dan ia juga merupakan salah satu acara dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak’.
‘Juara akan mendapat RM1,800 manakala naib juara RM1,400 dan hadiah keseluruhan berjumlah RM35,000’ katanya ketika sidang media di Kuala Terengganu semalam.
Pertandingan ini bakal menghimpunkan peminat Muay Thai dalam kalangan rakyat yang meminati sukan tomoi yang semakin mendapat tempat di negeri ini.
Harga tiket untuk dewasa RM15 manakala kanak-kanak (7-12 tahun) RM8 dan kejohanan bermula jam 9 malam. – Sumber- Terengganu.news

No comments

Powered by Blogger.