Raja fitnah tidak serik



Cakap manusia pun sering berubah, apatah lagi harga minyak. Itu baru Rafizi, belum lagi kita dengar yang lain. Ada ketika RM2.50 seliter itu dia kata sudah tidak mahal. Ada masanya RM1.80 seliter dia kata mahu bunuh rakyat. Itu kata Rafizi. Tapi bagi rakyat, harganya mestilah mampu dibeli dan tidak membebankan.



Bagi Rafizi dan kawan-kawannya, 'harga mahal' boleh menyebabkan mereka menang pilihan raya kerana calon parti kerajaan ditolak. Sebab itu mereka 'tidak gembira' jika harga barang pengguna dijual murah. Jika murah, mereka mesti cakap mahal. Mesti bercakap.*



21 November 2017, Rafizi memberitahu Malaysiakini, harga minyak sepatutnya turun antara 2 hingga 3 sen minggu ini. Pada 22 November 2017, harga minyak turun 8 sen.

21 November 2017, Rafizi cadang harga siling RON95 dan Diesel RM2.30 seliter. Jika lebih, kenakan subsidi, lapor Sinar Harian. 

5 Julai 2017, Rafizi dalam kenyataannya cadang harga siling RON95 ditetapkan RM1.80 seliter. 

6 Mac 2017, Rafizi berkata pengumuman harga minyak setiap minggu akan jejaskan pendapatan pengusaha minyak di luar bandar.

6 Februari 2017, Rafizi lancar kempen #20sen agar harga minyak yang dijangka RM2.70 seliter tidak naik dan kekal RM2.50 seliter.

21 Disember 2016, Rafizi desak dikembalikan subsidi minyak agar RON95 tidak lebih RM2 seliter.

31 Julai 2015, Rafizi cadang subsidi minyak 30 sen seliter.

2 Januari 2012, Rafizi cadang harga minyak perlu ditetapkan secara mingguan, bukan bulanan.



No comments

Powered by Blogger.