Lelaki maut di pukul kepala pakai kayu api ada bara|


Seorang lelaki Orang Asli maut selepas dipercayai dipukul dalam pertengkaran bersama saudaranya di Kampung Chenderong Kelubi, dekat Air Kuning, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Saleh Kambi, 51, parah dipercayai akibat dipukul di kepala menggunakan kayu api ada bara.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata siasatan mendapati mangsa bersama suspek yang juga saudaranya, seorang lelaki Orang Asli berusia 28 tahun dan seorang lagi rakan berkumpul di belakang sebuah rumah yang jaraknya kira-kira 21 meter dari lokasi kejadian untuk meminum arak pada jam 3 petang.


Katanya, siasatan lanjut mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek selepas itu.

“Kedua-dua mereka saling tolak-menolak dan mencekik leher hingga ke luar rumah.

“Suspek kemudian mengambil sebatang kayu api daripada bekas unggun dan memukul kepala mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, kejadian dipercayai berlaku akibat ejek-mengejek antara mangsa dan suspek ketika dalam keadaan mabuk.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Katanya, polis akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Parit pagi ini dan siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments

Powered by Blogger.