Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Dekat Pasar Payang Dibuka Sepenuhnya


KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Bernama) --  Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik, berhampiran Pasar Payang yang runtuh baru-baru ini boleh digunakan sepenuhnya hari ini.



Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata kerja-kerja membaiki runtuhan sepanjang 30 meter itu, membabitkan kos sebanyak RM6,000 itu mengambil masa 15 hari.

"Kerja-kerja membaik pulih runtuhan pejalan kaki itu dilakukan dengan bekerja siang dan malam?. keseluruhannya dalam  tempoh 15 hari, semua sekali dapat diselesaikan termasuk siasatan  punca berlaku runtuhan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya ketika sidang media di sini hari ini.




Samiun berkata punca utama laluan tersebut runtuh ialah disebabkan oleh angin kencang pada hari kejadian (1 Jan). 

Menurutnya, sebagai langkah penambahbaikan MBKT telah menambah tiang sokongan kepada struktur asal dan menambah ketebalan tiang sedia ada.


No comments

Powered by Blogger.