Kampung Padang Gong Pak Maseh anjur pertandingan dam aji dan dart tertutup jemputan

                       

Sabtu - Gabungan J3K, UMNO, Belia MAYC dan KRT Kg Padang Gong Pak Maseh harini telah berjaya menganjurkan pertandingan Dam Aji dan Dart Tertutup jemputan berakhir petang tadi yang di adakan di dataran Pok Su Dir,Kg Padang gong pak maseh.





Menurut Tuan Haji Zamri b Awang Hitam yang juga Pengerusi J3K merangkap  Pegawai Penyelaras Dun Batu Burok , pertandingan ini merupakan acara tahunan yang sentiasa di adakan di kg ini dalam merapatkan serta mengeratkan silaturrahim di antara penduduk kg.




Selain itu kita turut menjemput beberapa pemain dam aji sekitar dun batu burok. Penyertaan kali ini amat luar biasa berbanding sebelum ini.Oleh kerana penyertaan kali ini amat luar biasa ,pihaknya bercadang untuk menganjurkan sekali lagi pertandingan ini bulan hadapan selain aktiviti lain yang di sertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak serta kaum wanita .



-Kuala Terengganu Post-


No comments

Powered by Blogger.