Adik Angah Pok Jak anak jati Sungai Ikan gegar Muay Thai Antarabangsa Terengganu Chalengger 2018

Kuala Terengganu:Permata cilik sukan Muay Thai(Tomoi)  Muhammad Shahrul Aiman Abdul Razak, 11, dari Kampung Sungai Ikan muncul  juara kategori kanak-kanak Kejohanan Muay Thai Cabaran Antarabangsa Terengganu 2018 di sini, semalam.


Pada kejohanan itu, Muhammad Shahrul Aiman atau angah Pak Jak yang mewakili Kelab Muay Thai Bidie Bd Terengganu menewaskan pencabarnya, Mohd Fadzriz Aiman Mohd Fadli, 11, yang mewakili Kelab Api Bara Johor dengan kiraan mata, 29-28, 28-29 dan 29-28.



kehadiran penonton juga sangat  luar biasa yang pertama kali di adakan melibatkan penyertaan peserta antarabangsa.

Malah kehadiran beberapa pemain hoki Terengganu Hockey Team(THT) seperti Faizal Shaari,Fitri Shaari serta pakar pukulan sudut penalti no 1 dunia dari argentina Peilat serta rakan import yang mewakili THT turut hadir menyaksikan kejohanan itu.





Ia diserikan dengan kehadiran Exco Belia Sukan dan Sumber manusia Negeri Terengganu,YB Dato' Haji Rozi Mamat,Pegawai Penyelaras Dun Ladang,Datuk Haji Mohd Sabri Alwi dan lain-lain.




Pada kejohanan itu, 14 petinju muay thai dari Thailand, Algeria, Iran dan malaysia termasuk Terengganu  bertarung dalam lima kategori bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan RM35,000.


-Kuala Terengganu Post-

No comments

Powered by Blogger.