Adakah Tun Mahathir mahu atasi Robert Mugabe sebagai pemimpin negara paling tua di dunia ?

Adakah Tun Mahathir mahu atasi Robert Mugabe sebagai pemimpin negara paling tua di dunia?



Tun Mahathir akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri dan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan persekutuan pada PRU 14. Selepas itu, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Tun Mahathir.

Anwar akan dibebaskan pada Jun 2018, iaitu pada usianya 70 tahun. Menurut Jabatan Penjara, Anwar yang dipenjara 5 tahun kerana sabitan meliwat akan dibebaskan setahun lebih awal kerana berkelakuan baik. Anwar akan hadapi sekatan berpolitik selama 5 tahun selepas dibebaskan.

Pada Jun 2023, Anwar yang ketika itu berusia 75 tahun dibolehkan untuk bertanding dalam pilihan raya dan diperkenankan sebagai Perdana Menteri oleh Yang Dipertuan Agong.

               
               
Sebelum peralihan itu, Tun Mahathir dijangka menjadi Perdana Menteri kira-kira 5 tahun dan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim pada usia 98 tahun. Pada usia hampir 100 tahun itu, Tun Mahathir mungkin mencipta rekod dunia sebagai pemimpin negara tertua mengatasi Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe (usia 93 tahun), Ratu Elizebeth II (91 tahun), dan Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi (91 tahun) .



Tun Mahathir juga bakal leburkan rekod Tok Mun di Parlimen Kuala Terengganu sebagai calon pilihan raya tertua di Malaysia. Tok Mun bertanding calon bebas pada usia 93 tahun. Banyak rekod bakal dicipta Tun M dalam sejarah politik beliau.

Kredit By Fb (Fauzi Mohd)

No comments

Powered by Blogger.