UMNO dan BN bukan parti yang hanya turun padang ketika hampir pru-Sabri Alwi



UMNO dan Barisan Nasional bukan parti yang hanya turun padang apabila pilihan raya bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi berkata pendekatan yang dibuat oleh UMNO bersama rakyat telah lama dibuat dan tidak hanya tertumpu pada musim pilihan raya.


Katanya, dalam ucapan presiden parti juga turut menekankan supaya tidak leka dan mengambil mudah dalam sebarang perkara.

"Yang paling penting adalah pendekatan kita sebagai pemimpin UMNO untuk turun ke bawah berjumpa dengan para pengundi kita dan cuba menyelesaikan apa sahaja masalah dihadapi oleh pengundi-pengundi ini.



"Pendekatan ini bukan kita buat pada hari ini dan bukan kerjanya untuk bila sampai musim pilihanraya. Tapi kita bekerja setiap masa untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat," katanya kepada Teganukita.

Beliau ditemui pemberita di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, sebagai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, bantuan perlu disampaikan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka.




Katanya yang juga Pegawai Pembangunan DUN Ladang, sebagai pemimpin UMNO akan cuba membantu dan memberi servis terbaik kepada sesiapa yang dilanda musibah.

Dalam masa yang sama, Sabri berkata politik pada hari ini merupakan politik persepsi dimana banyak tohmahan dilakukan terutamanya daripada pembangkang kepada UMNO.

"Namun demikian, Alhamdulillah di Kuala Terengganu kita mempunyai media sosial ataupun 'cyber trooper' yang bergerak sebagaimana diarahkan oleh presiden parti untuk menangkis segala tohmahan oleh pembangkang.

"Dan dalam masa yang sama juga, Kuala Terengganu mendapat tempat ketiga anugerah media sosial dan cyber di kalangan 191 bahagian," katanya.

-Teganukita-

No comments

Powered by Blogger.