Sasar 300 sertai Bina Badan AWT Classic 2017


Kuala Terengganu – Mr AWT Classic 2017 mensasarkan seramai 300 penyertaan menyertai pertandingan bina badan yang akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak pada 24 Disember ini.

Pengerusi kejohanannya, Mazlisham Abdullah berkata, pertandingan ini mempunyai lapan kategori utama yang melibatkan hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000.

‘Mr AWT Classic 2017 anjuran AWT SEVEN GROUP dengan Kerjasama Persatuan bina badan dan angkat berat Terengganu (PBBABT) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT)’.

‘Pihak kami mensasarkan seramai 300 peserta yang akan menyertai kejohanan AWT Classic yang merupakan pertandingan terbesar di Pantai Timur Malaysia’.

‘Lapan kategori utama itu adalah Men Muscle, Bina Badan Atas & Bawah 75kg, Badan Cantik Atas & Bawah 170cm, Bakat Baru Badan Cantik Atas & Bawah 170cm dan Badan Cantik Tertutup Terengganu’.

‘Selain itu AWT Classic turut mempunyai tiga acara sampingan iaitu Bench Press, Squat dan Deadlisft yang akan diadakan pada hari yang sama kejohanan’.

‘Kelainan dalam pertandingan kali ini ialah kategori Badan cantik tertutup Terengganu yang diwujudkan khas untuk peserta dari Terengganu sekaligus menarik peserta dari negeri ini yang berminat untuk sertai sukan bina badan’ katanya ketika sidang media yang diadakan di Permai Hotel petang tadi.


Tambah Mazlisham, pihaknya akan menjadikan Mr AWT Classic sebagai kejohanan tahunan kerana ia berpotensi menjadikan sukan bina badan sebagai sukan tarikan terbaru negeri Terengganu.

Bagi yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh mendaftar pada 23 Disember bermula jam 3 petang hingga 8 malam di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak. – Terengganu.news

No comments

Powered by Blogger.