Rossi tayang topi keledar baru.



Ilham untuk idea rekaan itu diambil ketika Rossi bercuti di Mexico.

Valentino Rossi bukan sekadar seorang pelumba di litar, tetapi warga Itali yang menunggung bersama pasukan Yamaha itu boleh dianggap sebagai seni bergerak.



Lihat sahaja topi keledar yang digunakannya dalam setiap acara perlumbaan. Rekaannya cukup unik dan artistik.

Rossi baru sahaja menampilkan topi keledar terbaharunya iaitu  AGV GP R track yang akan digunakan di Litar Antarabangsa Sepang nanti.



Topi keledar itu kelihatan seolah-olah ditampal beratus-ratus labuci berwarna-warni. Hakikatnya, ia adalah simbol dan warna yang diambil daripada satu tradisi popular di Mexico iaitu seni Huichol.



Rossi mendapat ilham untuk idea rekaan itu ketika beliau bercuti di Mexico.

"Seni Huichol menarik perhatian saya kerana ia menggabungkan banyak simbol saya seperti matahari dan bulan atau penyu," kata Rossi.

No comments

Powered by Blogger.