EPIC, Gerbang Timur Bagi Pelabur Antarabangsa



'One Belt and One Road’ : EPIC, Gerbang Timur Bagi Pelabur Antarabangsa
http://mohdzamaniayob.blogspot.my/2017/10/one-belt-and-one-road-epic-gerbang.html


Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad  (EPIC) Berhad, anak syarikat kerajaan Terengganu menjadi pemangkin pelaburan antarabangsa selepas beberapa siri menandatangani perjanjian dua hala bersama syarikat-syarikat gergasi antarabangsa.

Beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang dimenterai beberapa tahun ini membuatkan EPIC terus berkembang dengan pelbagai projek mega  dan terbaru sebelum ini nilai pelaburan yang baik datangnya dari negara Thailand,Myanmar dan Vietnam dan China menawarkan perkhidmatan operasi pangkalan bekalan.

Sebagai contoh Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) menandatangani perjanjian sewa dan perkhidmatan selama lima tahun dengan lima kontraktor pengeluaran petroleum bernilai RM500 juta (MoU Jun 2015).

Pada Januari 2015 juga, tujuh kontraktor perkongsian pengeluaran sudah menandatangani perjanjian yang sama dan menjadikan jumlah pengeluar petroleum yang bersetuju beroperasi di KSB adalah sebanyak 12 kontraktor membabitkan nilai keseluruhan RM1 bilion.

Lima kontraktor yang terbabit kali ini adalah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd, Vestigo Petroleum Sdn Bhd, Coastal Energy KBM Sdn Bhd, EQ Petroleum Production Malaysia Ltd dan Sapura Kencana Energy Peninsula Malaysia Ltd.

Ketika ini EPIC berada dilandasan yang betul sebagai penjana ekonomi terbesar negeri Terengganu dan juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama dalam menjayakan projek mega kerajaan persekutuan dimana menerusi kerjasama dengan CMC Engineering Sdn Bhd setelah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada januari lalu yang mana akan meneroka peluang perniagaan membabitkan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

ECRL bernilai kira-kira RM55 bilion itu sebagai persediaan awal bagi mewujudkan sistem perhubungan dan pengangkutan awam moden, sistematik dan terancang.

Setiap kali pembangunan dilaksanakan di sesuatu tempat, maka akan berlaku proses rantaian ekonomi berkaitan perkhidmatan, penawaran peluang pekerjaan serta pembukaan bandar baharu dan ia dapat membantu meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan.

Projek ECRL itu bakal menaikan lagi nama  EPIC dipersada antarabangsa dimana bersama-sama CMC Engeneering akan menjayakan projek berkenaan bagi jajaran negeri Terengganu khasnya dan juga pantai timur.

Kerjasama ini akan mengembangkan lagi peranan EPIC dan mempelbagaikan cabang perniagaan sempena pembinaan ECRl di Malaysian ini dimana projek ECRL itu dijangka siap pada 2024 serta projek yang dikendalikan sepenuhnya syarikat China Communications Construction Group Limited.

Sehubungan dengan itu EPIC dan CMC Engeneering Sdn Bhd juga akan berhasrat berkongsi kepakaran dan teknologi serta menjadi pemain industri bagi merancakkan pelbagai sektor yang berkaitan dan sekali gus memberi sokongan serta sumbangan kepada ekonomi negeri Terengganu.

Menerusi projek ECRL juga bukan sahaja memberi kesan yang begitu baik kepada sistem pengangkutan di Pantai Timur khususnya di negeri Terengganu, malah manfaat lain juga boleh dirasai terutama dalam sektor pelancongan yang mana pertumbuhan pesat di bandar kecil sepanjang laluan projek itu akan berlaku.

Selain itu, kejayaan demi kejayaan diperolehi  EPIC Berhad, mereka tidak melupakan Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat itu kepada masyarakat khas di Terengganu setiap tahun.

Antara CSR yang telah berjaya disumbangkan oleh EPIC sepertimana berikut :-

1. EPIC bawa kegembiraan sebelum sekolah dibuka
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/epic-bawa-kegembiraan-sebelum-sekolah-dibuka-1.169313

2. Sumbangan EPIC Berhad Kepada Pelajar 2015
http://www.epicgroup.com.my/sumbangan-epic-berhad-kepada-pelajar-2015/

3. Rai Ramadan bersama pelajar tahfiz
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/rai-ramadan-bersama-pelajar-tahfiz-1.533267

4. EPIC bekalkan Utusan Malaysia ke hospital
http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/epic-bekalkan-i-utusan-malaysia-i-ke-hospital-1.193005


No comments

Powered by Blogger.