*ARMADA YANG BUAT PROVOKASI, UMNO JUGA DIPERSALAHKAN*
SAYA mengamati perkembangan yang berlaku semalam
di program Nothing To Hide 2.0 yang dianjurkan oleh ARMADA sayap Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilangsungkan di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia dan
Kebudayaan, Shah Alam petang semalam.
Didalam program itu, menampilkan Tun Dr.
Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Harapan (parti gabungan PKR, DAP,
AMANAH dan PPBM) yang berbicara berkaian isu-isu semasa.
Saya juga turut melihat beberapa video yang
ditularkan dengan pelbagai 'angle' yang mana bermulanya cetusan provokasi dan
ianya bukan salah UMNO dan BN kerana provokasi itu sendiri datang dari kalangan
Armada sendiri.
Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, suar yang
dilempar jatuh hampir dengan pentas utama forum berkenaan, sebelum keadaan
menjadi huru-hara apabila beberapa objek dilemparkan pihak tertentu, sehingga
hampir terkena Dr Mahathir, selain petugas media yang berada berhampiran.
Saya mewakili anak-anak muda Kuala Terengganu
mengecam tindakan provokasi yang berlaku dan juga mengecam mana-mana pemimpin
pakatan harapan yang menuduh tidakan itu datangnya dari UMNO.
Selaku pendokong UMNO, saya meminta kepada
seluruh pemimpin pakatan harapan membuktikan tuduhan itu berpunca dari UMNO dan
mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelaku dan perosak majlis agung
pakatan harapan itu.
Jelas mereka menunding jari kepada Presiden UMNO
dan ahli-ahli UMNO yang membuat provokasi itu tetapi tidak menyertakan bukti
bahawa UMNO terlibat dengan kekecohan tersebut.
Provokasi itu tercetus selepas Tun M GAGL menjawap beberapa soalan orang awam yang hadir
didalam dewan tersebut.
Antara soalan yang ditanya hadirin termasuk
suadara Fariz Hadi berbunyi *soalan
mudah pada Tun M. rakyat Malaysia nak tahu jawapan kpd soalan2 ini!*
*1. Adakah Ds Anwar Ibrahim benar2 pesalah
peliwat negara ataupon beliau hanya mangsa kerakusan politik Tun M
mempertahankan kuasa?*
*2. Jika benar Ds Anwar Ibrahim Peliwat Negara
adakah Tun M bersetuju mengangkat beliau sebagai PM sekirangan Pakatan Harapan
menang sedangkan dahulu Tun M juga yg kata takkan lah kita nak seorang peliwat
dan gila seks menjadi Perdana Menteri.*
*TUN tak menjawab soalan saya malah pusing
cerita.Tun kata DS Anwar Ibrahim pon tak tanya soalan tu.*
Dan ada juga yang bertanyakan pasal kejadian MAMALI
*(19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman)* yang
telah meragut 14 nyawa orang kampung pada ketika itu yang mana Tun M selaku
perdana menteri yang mana dikatakan turut terlibat dalam kejadian itu?
Dan soalan MAMALI itu juga dipusing 360 darjah
oleh Tun M yang mana tidak menjawab tepat berkaitan kedua-dua isu yang dibangkitkan
oleh hadirin tersebut dan mula provokasi membaling selipar, kasut, kerusi dan
suar.
*Di sini juga saya ingin mengecam program yang
dijalankan itu tiada dan ciri-ciri keselamatan untuk orang awam serta terlalu
bahaya jika ada yang membawa anak-anak kecil.*
*SEKALI LAGI saya MENGECAM tuduhan semberono*
serta tindakan ketua-ketua parti dalam harapan yang menyalahkan presiden UMNO
dan ahli-ahlinya yang kononnya membuat kecoh serta provokasi melampau didalam
program berkenaan.
*SEKALI LAGI saya MENGECAM tuduhan semberono*
serta tindakan ketua-ketua parti dalam harapan yang menyalahkan presiden UMNO
dan ahli-ahlinya yang kononnya membuat kecoh serta provokasi melampau didalam
program berkenaan.
*SEKALI LAGI saya MENGECAM tuduhan semberono*
serta tindakan ketua-ketua parti dalam harapan yang menyalahkan presiden UMNO
dan ahli-ahlinya yang kononnya membuat kecoh serta provokasi melampau didalam
program berkenaan.
*Mohd
Zamani Ayob*
*Pengerusi*
*Kelab
Anak Muda Inovatif Bandar Kuala Terengganu-KAMI*
#RespectMyPM
#KAMIGengNajibRazak
#UMNODuluKiniSelamanya
Yang anjur program, parti bunga!
Yang jemput, parti bunga!
Yang jadi 'security', budak parti bunga!
Yang tanya soalan Memali, Exco Armada parti bunga, Taufiq Abbas!
Yang jawab semua soalan, pengerusi parti bunga!
Yang baling kasut kepada Taufiq Abbas, geng parti bunga!
Yang baling kerusi, urusetia program parti bunga!
Yang jerit-jerit suruh panggil polis, urusetia program parti bunga,
Yang bergaduh, kumpulan parti bunga vs kumpulan parti bunga!
Yang kena angkut polis, budak parti bunga!
Yang salah, tak lain tak bukan adalah UMNO!
Yang kena tuduh oleh Azmin, Najib Razak!
#BungaTahiAyam
Post a Comment