Jumlah itu merupakan penyertaan tertinggi bagi atlet Terengganu berbanding 50 atlet dalam temasya sukan yang sama di Singapura dua tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat berkata, penglibatan atlet itu akan memberi kesan positif dalam perkembangan sukan di negeri ini.
"Ini sekali gus membuktikan atlet dari negeri ini mampu bersaing di persada antarabangsa dalam pelbagai acara sukan di samping keberkesanan program kita untuk terus melahirkan jaguh dalam pelbagai bidang.
“Jadi kita harap mereka dapat bertanding dengan bersungguh-sungguh agar mengharumkan nama negeri dan negara dengan memenuhi sasaran 111 pingat emas dalam 398 acara yang dipertandingkan nanti,” katanya dalam majlis praperasmian Kejohanan Endurance (Kuda Lasak) Sukan SEA Ke-29 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Negeri di sini yang disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Turut berangkat mengiringi baginda, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Jelasnya, Terengganu turut berbangga kerana terpilih untuk menjadi tuan rumah kepada sukan kuda lasak yang akan memulakan saingan pada 20 Ogos nanti.