*Dakwaan Blog Pas Berniat Jahat, Pok Weil Penerima Pelbagai Bantuan*


Dakwaan yang dilemparkan oleh blog milik parti pembangkang Pas yang mengatakan seorang lelaki warga emas Wan Ismail Wan Nawang dihalau oleh Menteri Besar ketika menunggu giliran mengambil bantuan dana persekolahan adalah tidak benar dan berniat jahat.

Wartawan Terengganu Times turun sendiri berjumpa dengan Wan Ismail mengatakan sebaliknya.

Wan Ismail 63 tahun atau lebih dipanggil sebagai Pak Weil mengakui beliau dipergunakan oleh individu yang dikenali dengan nama Pok Mat yang menyuruh beliau memakai vest dan topi berlogo Barisan Nasional dan bercakap dalam video yang dirakam.

‘Pok Mat dan seorang lagi datang ke rumah pak cik dan kemudian membawa pak cik ke sebuah rumah di Kampung Paya’.

‘Dia ajar dan suruh pak cik cakap MB hambat pak cik masa mintak bantuan’ katanya kepada Terengganu Times.

Tambahan pula anak Pak Weil, Wan Nur Aini Aqilah yang bersekolahan di SMK Ibrahim Fikri baru sahaja menerima bantuan persekolahan pada bulan lalu.

Perkara ini jelas menafikan apa yang dikatakan oleh blog Buletin Online milik Pas Terengganu itu.

Perkara ini disahkan oleh isteri beliau Maimun Taib,56, yang memberitahu pada hari kejadian ada dua lelaki yang tidak dikenali datang ke rumah menjemput Pak Weil dan membawanya ke lokasi yang tidak diketahui.

Beliau yakin individu tersebut mempunyai niat jahat dan mahu mempergunakan Pak Weil untuk kepentingan politik.

‘Pok Weil ni ingatan tidak berapa baik dan disebabkan kemalangan beberapa tahu lalu dan juga faktor usia beliau senang dipergunakan oleh individu untuk kepentingan’.

" Pok Weil kadang kala ingat dok ingat apa yang dia cakap, kadang-kadang dia cakap sorang akibat dari kemalangan itu'", ujurnya.

Mengikut semakan di pejabat Dun Seberang Takir, Pak Weil merupakan penerima pelbagai bantuan sama ada daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat sejak ianya dilaksanakan dikawasan itu.


Sementara itu Pengerusi J3K Teluk Ketapang Mohd Suhaimi Muda yang menyatakan Pak Weil banyak menerima bantuan sara hidup Maidam, Dana persekolahan, bantuan baiki rumah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), zakat, dana raya, dana warga emas dan banyak lagi.

No comments

Powered by Blogger.