*160 Orang Sertai KEM PRA TAHFIZ DAN FARDU AIN UMNO Bahagian Kuala Terengganu

Kuala Terengganu : Seramai 160 orang pelajar yang berusia 7 hingga 17 tahun menyertai kem pra tahfiz dan fardu ain anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar disini.

Kem tersebut yang diadakan bermula pada 22 Disember lalu dan berakhir petang ini(29 Disember) turut dirasmikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Razak Ali yang mewakili Ketua UMNO Bahagian Datuk Mohd Sabri Alwi yang kini berapa diluar kawasan.

Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian  Haji Ahmad Roslim Jaafar berkata, sudah 3 tahun kem pra tahfiz ini diadakan dan ianya menjadi acara tahunan bagi UMNO Bahagian Kuala Terengganu.


Katanya, tahun ini penyertaan asal dihadkan kepada 100 orang sahaja setiap tahun tetapi tahun ini telah mencapai 160 orang.

"Sebelum ini pada tahun-tahun lepas penyertaan hanya 100 orang sahaja, oleh kerana permintaan ibubapa untuk menghantar anak-anak ke kem ini terlalu ramai,

"Maka jawatankuasa biro dan UMNO bahagian telah bersetuju tidak menghadkan bilangan peserta dan hari ini yang berdaftar keseluruhannya 160 orang,

"Alhamdulillah... dalam kem ini kita mengajar cara solat yang betul, menghafaz surah-surah lazim, bacaan yang betul dalam solat dan mengaji dan berkaitan," katanya kepada umnokt-online.com.

Selain itu juga katanya, peserta diberikan soalan-soalan lisan dan kuiz  bagi menajamkan ingat mereka didalam pembelajaran selama 5 hari ini.




No comments

Powered by Blogger.