Terengganu turtles masih gah di puncak benam kedah eagles mangsa terbaru



Terengganu Turtles menyambung pusingan kedua Liga Sepak Takraw (STL) 2016 dengan mengutip kemenangan kelapan, membenam Kedah Eagles 21-18, 21-6 hari ini sambil mengukuhkan status peneraju carta mata.
Regu yang ‘direncah’ Vitthaya Boontha dari Thailand yang menampilkan tekong Zulkifli Razak dan pengumpan Azwan Muhrim hanya mendapat sedikit tentangan daripada Eagles sedikit dalam set pertama di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Selangor.



Sekalipun hanya perlu bergantung dengan perejam tunggal, Kamal Alfiza Shafie yang baru merasai perlawanan sepenuh masa kerana Fadzli Roslan tercedera Jumaat lalu, Turtles tetap mara dengan mengumpul 16 mata tanpa kalah.
Eagles pula yang dibarisi Nazirul Akram Razali, Shahrol Nizam Romli dan Zuleffendi Sumari terus menghuni tangga keempat liga dengan lapan mata malah telah dilangkau Kuala Lumpur Thunder semalam yang menewaskan Johor Tigris.
Turtles juga turut kehilangan seorang lagi perejam Hanafiah Dollah yang turut mengalami kecederaan jangka mansa panjang,manakala perejam utama Fazli Roslan perlu berehat sekurangnya selama 3 minggu

No comments

Powered by Blogger.