‘KT Night Market’ Bakal Dibuka (7 GAMBAR)

Pasar malam eksklusif, ‘KT Night Market’ yang kini diperingkat akhir pembinaan (95 peratus)di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu bakal menjadi satu tarikan baharu Bandaraya ini.

Dibina oleh kerajaan negeri di atas tapak berkeluasan 0.7 hektar,dengan kos RM13.9 juta menyediakan 92 ruang niaga kepada peniaga tempatan, selain dilengkapi kemudahan yang lebih kondusif seperti parkir, tandas awam dan menara jam serta skrin paparan LED digital bagi memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan termasuk harga produk.

‘KT Night Market’ ini menjadi satu peluang kepada peniaga memasarkan produk di lokasi yang lebih strategik iaitu di kawasan bandar dan pusat tarikan pelancongan, memandangkan kedudukannnya yang ikonik di tepi muara Sungai Terengganu dan kemudahan hotel serta berdekatan ‘drawbridge’.

Sebelum ini ,Upacara Peletakan Batu Asas “KT NIGHT MARKET” projek kerajaan negeri ini menerusi Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu pada September 2015 telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, Ahmad Razif Abdl Rahman.

Ianya bakal dibuka selama tujuh hari seminggu bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam menerusi sistem berniaga secara bergilir dengan memberi peluang perniagaan kepada tiga kategori peniaga iaitu untuk perniagaan tiga hari tiga malam, dua malam khusus untuk peniaga wanita dan dua malam untuk peniaga bebas.

Kedai ini akan beroperasi mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab dan ia akan diselaraskan dengan peniaga-peniaga yang berjaya dalam proses penempatan lokasi dimana mereka akan berniaga.

Diharapkan mbkt atau pihak yang bertanggungjawab mengkaji secara menyeluruh sistem dan pengisian yang hendak dilaksanakan agar ia memberi impak jangka pendek dan jangka panjang serta matlamat asal KT Night Market mampu dicapai.

No comments

Powered by Blogger.