Kelambu Kaabah 'Kiswah' bernilai RM 18.61juta di tukar



'Kiswah' ditukar sebaik selepas solat Subuh, pagi hari ini ketika jemaah haji mula bergerak ke Arafah. - Foto www.skyscrapercity.com 

MAKKAH: Kain yang digunakan untuk menutup Kaabah atau 'Kiswah' ditukar sebaik selepas solat Subuh, pagi hari ini ketika jemaah haji mula bergerak ke Arafah. Difahamkan kos pembuatan kain penutup Kaabah itu bernilai 17 juta saudi riyal (RM18.61 juta) kerana ia diperbuat daripada 670 kilogram sutera dan 150 kilogram benang emas. Kain Kiswah lama akan dipotong dan diedarkan kepada individu tertentu, tetamu diplomatik asing yang datang ke Arab Saudi atau pelbagai pertubuhan di seluruh dunia. Ada yang turut dijual sebagai cenderahati. Tahun ini, empat tulisan "Allahu Akbar" turut dihias pada Kiswah. Kain itu ditukar pada 9 Zulhijjah setiap tahun kalendar Islam, ketika Hari Arafah yang disifatkan sebagai kemuncak ibadat haji. Turut hadir dalam majlis penukaran kain Kiswah, pagi hari ini termasuk Gabenor Makkah dan beberapa individu penting. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.