"Jangan kaitkan saya dengan fitnah ini" -Mohd Shapian Ali


Haji Mohd Shapian Ali yang juga Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Barisan Nasional Seberang Takir) menafikan dakwaan yang tersebar di dalam aplikasi whatsapp serta Facebook berkenaan nama yang tersebar mengaitkan beliau dengan parti baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia negeri Terengganu yang di tubuhkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Ketika di hubungi Oleh KT Post ,beliau terkejut dan  turut berasa kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan perkara berkenaan dan membidas penyebar isu tersebut seolah tersepit untuk mencari pengaruh "jangan kaitkan saya dengan fitnah ini,walaupun saya tidak mempunyai jawatan sebagai  Adun BN ,tetapi saya masih sayangkan UMNO,jiwa saya tetap bersama UMNO malah saya masih lagi ketua UMNO cawangan Seberang Takir Pantai"katanya

Sebaran Kenyataan Haji Mohd Shapian Ali di Aplikasi Whatsapp :

Assalamualaikum W.B.T

Saya Haji Mohd Shapian Ali Menafikan Sekeras-kerasnya  Apa yang telah tersebar di Media Sosial Serta Whatsaap berkenaan Penglibatan Nama Saya menyertai Parti Baharu iaitu Parti Pribumi Malaysia Negeri Terengganu..Walaupun Saya Kini Bukan Lagi Adun BN serta Hanya Mempunyai Jawatan Sebagai Ketua UMNO Di Peringkat  Cawangan Sahaja.Tetapi Jauh Sekali Untuk Saya Mengkianati Perjuangan Saya Di Dalam Parti UMNO Selama Ini.Dan Saya Ingin Menegaskan Bahawa Saya Akan Terus Berjuang Serta Membantu Parti UMNO Selagi di perlukan.

Yang Benar

(Haji Mohd Shapian Bin Ali)
Ketua UMNO Cawangan Seberang Takir Pantai
,Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu serta Pengerusi Masjid Tok Jembal,Kuala Nerus.Terengganu


-Kuala Terengganu Post

No comments

Powered by Blogger.