Buah Kepas Menjadi Viral Di Media Sosial

Bentuknya seperti buah durian bersaiz kecil, isinya seperti buah cempedak, manakala rasanya pula masam dan manis seakan buah gelugur.


Itulah keistimewaan buah keledang temponek atau lebih dikenali penduduk Kampung Bukit Wan di Batu Rakit sebagai buah kepas yang semakin pupus kini. Bagaimanapun, spesies pokok hutan itu kembali popular sejak akhir-akhir ini apabila pokok tunggal yang hidup di kampung berkenaan menjadi perhatian ramai apabila ia viral di laman sosial.

Pokok yang berusia lebih 20 tahun itu sedang berbuah lebat ketika ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk sekitar yang ingin merasai sendiri buah yang kian pupus itu, malah turut menarik perhatian pihak luar hingga ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin mendapatkan buah berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.