BERSATU Lesu,Muhyiddin Longlai Harapkan Pengaruh Dr M?


Sebuah portal berita hari ini memetik seorang veteran UMNO mempersoalkan kemampuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau  mengatakan dua minggu selepas permohonan parti itu  diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, BERSATU dilihat masih lesu.

Berikutan itu, kepimpinan parti itu  perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk bertapak di kalangan parti pembangkang lain yang lebih berpengalaman.

Juga, BERSATU masih belum menggariskan secara jelas program politiknya.

Kesunyian yang menyambut parti baharu ini berbeza dengan publisiti yang menyelubungi parti itu sebelum penubuhannya, dengan serangan daripada peringkat tertinggi kerajaan diketuai setiausaha akhbar perdana menteri.

Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilihat longlai dan  tidak menonjol seolah-olah parti itu tidak ada apa-apa jentera.

Seorang pemerhati politik veteran memberitahu FMT, tidak seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terus mengeluarkan pelbagai kenyataannya mengulangi serangan ke atas pentadbiran Najib.

Beliau mendakwa ramai yang menganggap Muhyiddin masih berfikiran seperti Umno dan belum berubah.


Malah apa yang di gembar gemburkan berkenaan tentang ramai ahli umno yang menyertai parti bersatu juga adalah tidak benar


Veteran UMNO itu mempunyai sebab mengatakan kelesuan BERSATU ini.

Pertama, kenapa tiadanya beberapa individu yang sebelum ini lantang dalam Deklarasi Rakyat, gerakan naungan Dr Mahathir, di dalam BERSATU. Mereka termasuk bekas naib ketua Umno Batu Kawan, DatuK Seri Khairuddin Abu Hassan, yang dilihat rapat dengan Dr Mahathir.

Khairuddin enggan mengulas kenapa kelibat beliau tidak kelihatan dengan pimpinan BERSATU.

Kedua, amat nyata BERSATU Amat bergantung pada populariti Tun Mahathir dan tidak dapat berdiri di atas kaki sendiri.

Ketiga, apakah mampu Muhyiddin memimpin BERSATU, apalagi beliau kerap dilihat sebagai seorang yang tidak bekerja dalam pasukan.

Veteran UMNO berkenaan turut mempersoalkan ketiadaan sebarang pengumuman mengenai barisan pemimpin parti baharu itu.

Malah, menurutnya, kaitan Muhyiddin dalam sebuah kes perceraian, yang sudah diselesaikan di mahkamah, juga sedikit sebanyak menambahkan masalah imej yang dihadapinya, di samping menjadi fokus musuh politiknya dari Umno.

Secara umumnya bukan mudah untuk Muhyiddin untuk berdampingan dengan pembangkang, khususnya DAP.

Veteran UMNO itu meramalkan, BERSATU di bawah kepimpinan Muhyiddin mungkin tidak mampu mengadakan persefahaman dengan parti pembangkang lain menjelang pilihan raya umum ke-14.

Malah, katanya, bukan sahaja Muhyiddin banyak mewarisi perkara lampau, jelas beliau juga tidak sangat selesa dengan DAP. 


No comments

Powered by Blogger.