8 Laporan Polis Terhadap Rafizi - VIDEO Hasutan

LAPAN laporan polis dibuat oleh UMNO Bahagian Kuala Terengganu menerusi Naib Ketua UMNO bahagian dan tiga sayap parti itu di Balai Polis Kuala Terengganu petang tadi.

Badrol Hisham Zaki mahu pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap video Rafizi Ramli yang diviral didalam media sosial ‘facebook dan juga aplikasi whatsapp’ beberapa hari ini.

Menurut Badrol, laporan yang dibuat ini bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil menjalankan tugas-tugas yang sepatutnya serta tindakan yang sewajarnya dengan apa yang telah diperkatakan oleh Rafizi didalam video berkenaan.

Katanya, video yang berdurasi 2 minit 05 saat itu jelas berbau hasutan dan juga mengajak rakyat membenci kerajaan dan seluruh kepimpinan Negara.

“Semasa Rafizi berkata demikian beliau bersama beberapa ahli panel membicarakan strategi pakatan bagaimana menghasut rakyat membenci kerajaan,

‘Beliau juga menyatakan secara jelas di dalam video itu bahawa tugas pembangkang adalah menghasut rakyat dan terus menghasut supaya rakyat terus dan terus membenci kerajaan’

“Dalam kontrovesi hasutan itu sendiri menjuruskan kepada FITNAH yang telah dilemparkan demi kepentingan peribadi dan juga politik pembangkang,”katanya kepada pemberita.

Turut hadir, Setiausaha UMNO Bahagian Razak Ali, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Normala Said, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Armi Irzan Mohd, Ketua Puteri UMNO Bahagian Nia Nortieya Zaharudin dan  kepimpinan bahagian dan juga cawangan di bahagian Kuala Terengganu.

Sehubungan dengan itu juga, UMNO Bahagian Kuala Terengganu membuat laporan polis terhadap bersih 5.0 yang akan diadakan pada bulan November nanti.

Laporan itu juga bertujuan untuk pihak Polis mengambil langkah-langkah yang sewajarnya terhadap perhimpunan haram bersih tersebut. - kualaterengganupost.com



No comments

Powered by Blogger.