UMNO Kuala Terengganu Tetap Pertahankan Ahmad Razif

KUALA TERENGGANU: UMNO Bahagian Kuala Terengganu mempertahankan kepemimpinan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman yang dikritik oleh seorang pemimpin kanan kerajaan negeri semalam.

Ketuanya, Datuk Mohd Sabri Alwi, berkata kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib itu amat tidak wajar dan bersifat peribadi. Katanya, persoalan ditimbulkan Ghazali juga tidak relevan kerana Ahmad Razif membawa pelbagai pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan negeri selain menyelesaikan banyak isu rakyat dalam tempoh dua tahun pentadbirannya. "Mengikut sejarah, siapa sebenarnya gagal? Dahulu negeri ini ditadbir oleh Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut dengan memegang 24 kerusi di DUN.

Selepas diambil alih oleh Datuk Seri Ahmad Said, Barisan Nasional (BN) hilang tujuh kerusi sebelum kepemimpinan negeri diterajui Ahmad Razif. "Sehubungan itu, kita tidak boleh menyalahkan Ahmad Razif kerana beliau mengambil alih kerajaan negeri ketika BN cuma ada 17 kerusi,"

 Sumber-
UMNO Kuala Terengganu pertahan Ahmad Razif
http://www.bharian.com.my/node/179578

No comments

Powered by Blogger.