Sidang DUN : Terengganu Terima RM1.28 Bilion Bayaran Balik Wang Ehsan Sejak 2011

Sidang DUN Terengganu diberitahu bahawa kerajaan negeri telah menerima bayaran balik wang ihsan daripada sumber royalti petroleum yang dipinjamkan oleh kerajaan persekutuan sebanyak RM1.28 bilion sejak 2011.


Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, bayaran itu mula diterima sebanyak RM200 juta setiap tahun pada 2011 serta 2012, dan jumlahnya bertambah sehingga RM220 juta setiap tahun mulai 2013 sehingga tahun ini.
“Jumlah itu (RM220 juta) akan dibayar sehingga 2019 seperti telah dimuktamadkan kerajaan Pusat,” katanya semalam ketika menjawab soalan tambahan Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) mengenai pembayaran balik wang ihsan oleh kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri setakat ini.
Sumber-Terengganu Daily

No comments

Powered by Blogger.