Tentera Siber Upahan ' DAP ' Punca Perpecahan Rakyat Malaysia-Mohd Sabri Alwi

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi  menyalahkan DAP dan tentera sibernya yang menanam kebencian dan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia serta sikap saling tidak mempercayai antara rakyat pelbagai kaum dan agama.



Bercakap Kepada Wakil Kuala Terengganu Post, Mohd Sabri mendakwa DAP menggunakan “taktik tidak bertanggungjawab” yang mencerminkan betapa Terdesak Mereka Untuk Meraih Sokongan Orang Melayu Selepas Berlaku Perpecahan Dalam Parti Gabungan Mereka Terutama Pakatan Harapan, Mereka Menggunakan Tentera Mereka Yang Di Kenali 'Red Bean Army' Seperti Yang pernah Di beritahu Kewujudan Pasukan Cyber ini  Oleh Bekas Orang Kanan serta aktivis DAP, Mohamed Razali Abd Rahman.

“Lihatlah Apa Yang Terjadi Di Dalam Pakatan Harapan,Mereka Menggunakan Tentera siber Mereka Menyerang Kepimpinan PAS, PKR Selangor Yang Di ketuai Oleh Azmin Ali Di serang Bertubi-tubi dalam krisis Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Manakala Institusi Di Raja Turut Di serang Oleh Tentera Mereka dengan Akaun Facebook Palsu menggunakan Nama Orang melayu

Katanya Lagi, Beliau Turut Menyokong  Jabatan Perdana Menteri  yang Mempertahankan Mufti Pahang berkenaan Isu  “Kafir harbi” dan "kafir Zimmi" Baru-baru ini  sehingga mencetuskan bantahan di kalangan pemimpin dan penyokong DAP Baru-baru ini.

-Kuala Terengganu Post-

No comments

Powered by Blogger.