Saya Tidak Akan Gadai Maruah Negara Hanya Berlainan Idealogi – Hadi Awang


images (17)

382

Ketika kebanyakan pembangkang begitu gembira dengan pengumuman siasatan yang dilakukan oleh Peguam Negara Amerika berhubung kes penyalahgunaan wang yang didakwa dicuri dari 1MDB, PAS pula berpendirian tidak akan membenarkan kehormatan negara di ragut sewenang-wenangnya.
Ulasan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya sesuatu yang diluar jangkaan. Manakan tidak, disaat pembangkang di Malaysia hari ini seperti merayakan kejayaan palsu mereka, pendirian Datuk Seri Abdul Hadi jelas menampakkan kematangan berliau dalam politik.

images (16)
Dalam satu kenyataan beliau, beliau mengakui, sememangnya idealogi politik antara beliau dan Datuk Seri Mohd Najib sememangnya berbeza. Malah, perjuangan PAS dan UMNO juga turut berbeza. Namun begitu, ianya bukan lesen untuk mana-mana parti pembangkang membawa masuk mana-mana agensi daripada Amerika Syarikat untuk mencampuri urusan negara.
Malah, beliau memberi jaminan, andai ada mana-mana agensi daripada Amerika didapati masuk dan mencampuri urusan negara, PAS tidak akan teragak-agak untuk bersama-sama UMNO dan BN untuk mengusir agensi dari Amerika berkenaan untuk keluar daripada negara ini.
Ujar beliau, kita mempunyai cara kita yang tersendiri dalam menangani permasalahan yang melibatkan negara. Undang-undang sedia ada di Malaysia hari ini sudah cukup untuk menghukum sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri andai beliau atau mana-mana individu didapati bersalah dalam apa jua pertuduhan.
Oleh yang demikian, beliau menentang keras segala usaha untuk membawa masuk pengaruh Amerika Syarikat ke Malaysia. Inilah bukti komitmen PAS dalam usaha mereka menjaga kehormatan dan kedaulatan negara. Pendirian mereka ini jelas berbeza dengan apa yang sedang dilakukan oleh pembangkang dan Tun Dr Mahathir.

images (18)
Ketika PAS menyatakan komitmen mereka dalam mempertahankan maruah, kedaulatan dan kehormatan negara, pembangkang yang lain begitu sibuk mahu memastikan agensi penyiasat daripada Amerika memasuki Malaysia untuk menyiasat apa sahaja transaksi yang melibatkan 1MDB dan juga Datuk Seri Mohd Najib. Ini jelas satu usaha jahat denngan membiarkan kedaulatan negara dicabuli dengan mudah.
Semuanya hanya kemaruk dengan kuasa dan keinginan untuk melihat Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan hari ini ditumbangkan. Harus diingat, Loretta Lynch selaku Peguam Negara Amerika telah mengesahkan, Datuk Seri Mohd Najib bukan suspek dalam kes sivil ini. Malah, Lynch juga menegsahkan, 1MDB juga tidak terlibat langsung dalam kes ini. Masihkan pihak pembangkang terlalu tuli untuk memahami hakikat ini?

Sumber -Pru14

No comments

Powered by Blogger.