Janganlah Hina Saya,PRU 14 Tidak Lama Lagi-Shafie Afdal

SHAH ALAM - "Ada yang beri respons bila saya keluar daripada Umno tiada kesan walau sedikit pun kepada kawasan Semporna dan kawasan-kawasan lain di negeri Sabah," demikian luah bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung pengunduran beliau daripada Umno.


Namun ujarnya, janganlah beliau dikutuk sebegitu rupa, kerana ada  lagi cabaran untuk Umno pada tahun-tahun mendatang.
"Janganlah hina saya sampai macam tu sekali. Pilihan Raya Umum (PRU) 14 pun sudah tidak lama lagi," katanya dalam Facebooknya hari ini.
Sebelum itu pada empat Julai lalu, Shafie telah mengumumkan bahawa beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada Umno.
[ARTIKEL BERKAITAN: Shafie umum keluar Umno]
Jelas Shafie, walaupun  telah keluar dari Umno, beliau akan tetap meneruskan perjuangan di Sabah demi rakyat di negeri itu yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat.
“Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.
"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya ketika berucap dalam program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pada 24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno (MT) memutuskan agar bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir‎ dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta manakala Shafie pula digantung dari jawatannya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu turut berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

-Sinar Harian-

No comments

Powered by Blogger.