EPIC Berhad Rai Pengamal Media Terengganu

Sebagai menghargai jasa dan sokongan pihak media cetak dan elektronik kepada EPIC Berhad, sebanyak 20 agensi media, meliputi seramai lebih daripada 125 orang wakil media telah diraikan dalam Majlis Penghargaan Media Bersama EPIC 2016 yang berlangsung di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Foto Ihsan -UKOM



Majlis makan malam ini buat julung kalinya dianjurkan oleh EPIC Berhad dengan kehadiran YAB Menteri Besar Terengganu  telah melibatkan wakil-wakil media daripada agensi seperti Bernama, Utusan Malaysia, Kosmo!, Berita Harian, Bahagian Transformasi Media Sosial, Manis FM, Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT), Unit Komunikasi Terengganu (UKOM), New Straits Times (NST), TV3, Metro, RTM, The Star, Astro Awani, Sinar Harian, TV Al-Hijrah, Sin Chew Jit Poh, The China Press dan TV9.

No comments

Powered by Blogger.