Vanuatu Di Landa Gempa Bumi 6.2 Magnitud

Gempa bumi 6.2 magnitud melanda Vanuatu, Pulau Pasifik Vanuatu lewat malam tadi, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).



Tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Vanuatu adalah sebahagian daripada "Ring of Fire", zon aktiviti tektonik sekitar Pasifik yang tertakluk kepada gempa bumi yang kerap dan letusan gunung berapi.
Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 131 kilometer (81 batu), 92 kilometer ke barat laut bandar Isangel di Pulau Tanna, kata USGS.
Vanuatu digegarkan dengan beberapa siri gempa tahun ini, termasuk amaran tsunami. - MalaysiaGazette

No comments

Powered by Blogger.