Sejarah Kuala Terengganu Serta Persinggahan Laksamana Zeng He Dari Negara China

Kuala Terengganu (Jawi: کوالا ترڠݢانو); tulisan Cina ringkas: 瓜拉丁加奴, pinyin: guālādīngjiānú; cbiasanya diringkaskan kepada KT) ialah ibu negeri, bandar diraja, dan pusat ekonomi utama negeri Terengganu Darul Iman. Kuala Terengganu terletak sekitar 450 kilometer dari timur laut Kuala Lumpur, di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini terletak di muara Sungai Terengganu, berhadapan dengan Laut China Selatan.


Sebagai sebuah daerah, Kuala Terengganu merupakan yang terkecil dari segi keluasan, tetapi (sekiranya kawasan daerah Kuala Nerus yang terletak bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diambilkira) ia mepunyai jumlah penduduk terbanyak di negeri ini iaitu 406,317 orang pada 2010.Status bandar raya diberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 1 Januari 2008. Walaupun Kuala Terengganu tidak terkecuali daripada pemodenan dan pembangunan, ia masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang masih utuh sambil digabungkan bersama-sama warisan dan budaya lain disebabkan sejarah panjangnya sebagai pelabuhan.[

Sejarah

Di pesisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenali sebagai Kampung Cina (China Town) yang telah wujud semenjak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15.
Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan Kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan, kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.
Kuala Terengganu adalah satu bandar raya perdagangan maritim yang penting pada zaman purba. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu pernah memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun 1405 dan 1433.
Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua negara. Bagaimanapun, selepasEmpayar Melaka menakluk bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama di kawasan Asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan Asia Tenggara.


Catatan bertulis

Kuala Terengganu dipercayai telah dihuni semenjak beribu ribu tahun lagi. Catatan cendekiawan China seperti ’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao-Cu-Fei tahun 1178, menyebut ’Teng-ya-nu’ dan buku ’Cu-fan-Cih’ karangan Cao-Ju-Kua tahun 1226 menyebut Teng-ya-nung’. Kedua dua nama tersebut merujuk kepada nama Tengganu yang dikatakan jajahan takluk Kerajaan Seri Wijaya (San-fo-Cih) pada kurun ke-2.
Selain itu, ahli atronomi terkenal Greek, Ptolemy ada mencatatkan kewujudan dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Pelabuhan itu ialah Primoula dan Kole. Primoula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman. Catatan lain menunjukkan wujudnya kota Foloan, di Kuala Berang, di hulu Sungai Terengganu. yang dipercayai menjadi kota satelit pada Kuala Terengganu.
Catatan penulis China pada masa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah Negeri yang dinamai ’Tan-Tan’ yang menghantar Ufti ke China. Paul Wheatley membuat kesimpulan negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berpusat di Kuala Besut atau Kuala Terengganu.
Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perdagangan maritim utama pada abad kedua belas. Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu. Perdagangan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak.
Pengembara China, ‘Chao Ju Kua’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebu ‘Teng-Ya-Nong‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.
Bukti lain kewujudan sebuah kerajaan purba di Terengganu, ialah seketul batu granit berbentuk empat segi yang berukir tulisan dengan ukuran 84 cm tinggi, 53 cm lebar bahagian atas dan 27cm lebar di bahagian bawah dan berat batu tersebut 215 kg yang dikenali sebagai Batu Bersurat. Batu tersebut bertulisan Jawi dan menggunakan Bahasa Melayu Kuno. Penemuan itu juga telah menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai dan merupakan satu-satunya bukti yang menunjukkan kemasukan agama Islam ke Tanah Melayu pada abad keempat belas lagi.
Sejarah Terengganu moden bermula apabila Tun Zainal Abidin dari keturunan diRaja Johor ditabalkan memerintah Terengganu pada 1708. Baginda memakai gelaran Sultan Zainal Abidin 1.


Ibu kota

Sebagai ibu negeri Terengganu, bandaraya ini berperanan penting dalam politik dan ekonomi seluruh negeri. Kuala Terengganu merupakan pusat bagi pelbagai agensi, jabatan dan badan kerajaan negeri dan persekutuan, antaranya seperti Jabatan Imigresen dan Kastam, Unit Perancang Ekonomi Negeri, pejabat besar Pos Malaysia, Perpustakaan Negeri Terengganu, dan lain-lain. Memandangkan bandaraya ini merupakan pusat pentadbiran negeri, Wisma Darul Iman, bangunan sekretariat negeri menempatkan Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Pejabat Menteri Besar. Istana-istana Sultan Terengganu seperti Istana Badariah dan Istana Maziah turut berada di bandaraya ini kerana Kuala Terengganu juga merupakan bandar diraja.
Majlis Perbandaran Kuala Terengganu diwujudkan pada 18hb Januari 1979 dengan keluasan 18,712 hektar persegi meliputi 21 mukim, termasuk mukim Bandar Kuala Terengganu. Pada 1 Januari 1985, Mukim Bukit Payong dan Alor Limbat telah dikeluarkan daripada Majlis Perbandaran dan dimasukkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Marang. Dengan perubahan ini, kawasan baru Majlis Perbandaran telah berubah kepada 16,806 hektar persegi.
Pada 16 Disember 1996, kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah diwarta perluasan meliputi seluruh daerah Kuala Terengganu 
Pada 1 Januari 2008, satu pemansyuran telah dibuat bagi mengistiharkan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya. Kuala Terengganu kini telah dikenali sebagaiBandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi bandar pertama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang mendapat status bandaraya.
Kedudukan Kuala Terengganu adalah terletak di bahagian tengah negeri Terengganu, sesuai dengan fungsinya sebagai ibu negeri. Terletak di kawasan delta sungai Terengganu dengan pusat bandarnya berada di muara sungai Terengganu, menghadap Laut China Selatan di bahagian timur dengan dikelilingi oleh persisiran pantai berpasir dan landai

Bahasa

Seperti bandar-bandar utama di Malaysia, Kuala Terengganu merupakan sebuah bandar raya yang mempunyai pelbagai kaum, setiap kaum mempunyai bahasa pertuturan mereka sendiri. Bahasa Melayu Terengganu merupakan bahasa utama di kalangan masyarakat bandar raya ini dan juga bahasa majoriti dikalangan masyarakat Melayu dan sebagai bahasa kedua oleh masyarakat Cina Terengganu dan India. Akan tetapi Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris juga dituturkan dan difahami oleh masyarakat setempat. Selain itu, Dialek-dialek Cina seperti MandarinHokkienTeochew dan sebagainya serta bahasa-bahasa India seperti Tamil dan Punjabi juga dituturkan oleh masyarakat India dan Cina di bandar itu. Bahasa Melayu Kelantan juga dituturkan, kebanyakkannya adalah perantau yang berasal dari BesutSetiu dan Kelantan.



Pelancongan


Kuala Terengganu terkenal dengan produk kraf tangannya yang bermutu tinggi terutama tenunan Songket, Batik, ukiran tembaga dan kayu. Produk kraftangan Terengganu menjadi koleksi ekslusif di seluruh dunia.

Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang yang menerima tempahan dari serata pelosok dunia. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk di Kampung Losong, dan Pulau Rusa.
Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayaan seperti tarian Ulek Mayang, Tarian Rodat, Tarian Saba, Tarian Balai, Tarian Gayung Otar-Otar, permainan Gasing dan Wau.


Fail:BazaarWarisan.jpeg perniagaan dan pengumpulan hasil semenjak zaman berzaman. Penduduk di sepanjang Sungai Terengganu membawa hasil pertanian dan hutan melalui jalan sungai, manakala para nelayan menukarkan hasil tangkapan mereka. Kawasan perniagaan utama di Kuala Terengganu terletak di Jalan Kampung Cina, Jalan Banggol dan Tanjong.

No comments

Powered by Blogger.