Sejarah Besut

Besut merupakan daerah yang terletak di utara negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Setiudi selatan dan Laut China Selatan di timur. Pantainya bertanah beris dan menghadap pulau yang terkenal seperti Pulau Biding,Pulau Lang Tengah Pulau Perhentian, dan Pulau Redang. Ibu daerah Besut ialah Jerteh. Penduduk Besut bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.Dan ada juga sebahagian kecil penduduk Besut bertutur dalam bahasa malayu loghat Terengganu,Dan Jerteh merupakan Ibu Daerah Besut yang terletak berhampiran dengan Negeri Kelantan,Manakala Kampung Raja merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Besut yang terletak berhampiran dengan Daerah setiu



Sejarah Daerah Besut

Tuhfat al-Nafis.
Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatanMunsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan dari buku Tuhfat al-Nafiskarangan Raja Ali Haji.
Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul Besut Dan ada yang mengatakan Besut dahulunya adalah bekas Jajahan Negeri Kelantan.
Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan dari bukuTuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.
Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari Pattani ( Selatan Siam ) telah datang ke Besut dengan diketuai oleh seorang yang bernama Cik Latif. Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari Sumatera dan telah biasa berdagang di PATTANI. Dengan menawarkan segantang mata kail dikatakan Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampongan di tebing sungai Besut yang diberi nama Palembang mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan pusat pentakbiran yang pertama di Besut sebelum Kampung Raja.
Bila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya bernama Cik Kamat. Semasa pemerintahan Cik Kamat Daerah Besut berada dalama keadaan huru-hara kerana ancaman dari perompak lanun yang bermaharajalela dipulau-pulau yang berada disekitar laut daerah ini. Dalam buku pelayaran Pelayaran Abdullah ke Kelantan, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh Panglima Ebeh dan Panglima Garang.
Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, Cik Kamat tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari Terengganu. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu Sultan Mansur 1, yang dikenali sebagai Marhum Berjanggut. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur I telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh putera baginda iaitu Tengku Abdul Kadir.
Tengku Kadir dan tentera di bawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke Pulau Perhentian.
Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut dengan gelaran Raja Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai Orang Besar Besut serta mendapat hak di atas Pulau Rhu. Berikut ialah senarai Raja-raja Besut:[1]
  1. Tengku Abdul Kadir ibni Sultan Mansur Riayat Syah Terengganu (1780-1835) - berkahwin dengan Engku Wan Penambang binti Sultan Long Yunus Kelantan[2]
  2. Tengku Ali bin Tengku Abdul Kadir (1864) - memberontak melawan Terengganu dan lari ke Kelantan pada 1874
  3. Tengku Hitam bin Tengku Abdul Kadir (1875-1881)
  4. Tengku Cik Tepok bin Tengku Abdul Kadir (1881-1882)
  5. Tengku Ngah bin Tengku Hitam (1882-1899)
  6. Tengku Long bin Tengku Ngah (Tengku Indera Segara Besut) (1899-1934)
    • Tengku Petri binti Tengku Long - ditabal DYMM Tengku Ampuan Kelantan, berkahwin dengan DYMM Sultan Ismail I ibni Sultan Muhammad IV Kelantan

No comments

Powered by Blogger.