Ronaldo Seperti Kanak-Kanak Suka Mengadu-Kari Arnason(Iceland)

SAINT-ETIENNE: Pertahanan Iceland, Kari Arnason menempelak Cristiano Ronaldo selepas kapten Portugal itu menyifatkan Iceland sebagai pasukan yang memiliki 'mentaliti' kecil susulan keputusan 1-1 yang diraih pada aksi kedua-dua pasukan, awal pagi tadi.



Bintang Real Madrid itu menyatakan Iceland meraikan keputusan terbabit seperti memenangi Euro 2016 sambil menegaskan mentaliti sedemikian menyebabkan pasukan 'kecil' tidak mampu berbuat apa-apa pada kejohanan benua terbabit.

Begitupun, Arnason yang berjaya mengekang pergerakan Ronaldo bersama Ragnar Sigurdsson sebaliknya menyatakan Iceland tidak bernasib baik selepas sekadar seri dan turut mengkritik penyerang sensasi terbabit.

"Dia seperti kanak-kanak tidak boleh menerima keputusan perlawanan," kata Arnason. "Dia tidak mahu tewas perlawanan itu tetapi apa yang dia jangkakan? Dia mahu kami beraksi seperti Barcelona?
"Dia hanya tahu mengadu dan lebih suka merebahkan badan di atas padang.

"Kami adalah pasukan bukan pilihan jadi kami beraksi seperti pasukan bukan pilihan dan kami tidak bernasib baik kerana tidak memenangi aksi terbabit."
Arnason turut mengakui pengendali Iceland, Lars Lagerback tidak memberi apa-apa arahan khusus untuk menyekat Ronaldo dan mereka cuma perlu kerap mengawasi pergerakan penyerang itu.

"Kami tidak memberi lebih perhatian kepadanya meskipun semua orang tahu kemampuannya di atas padang namun kami tidak rancangan khusus untuk mengekangnya.
"Kami hanya tahu betapa kami perlu sentiasa mengawasi dia setiap masa dan rancangan itu berjalan dengan sempurna," katanya. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.