Ronaldo Di Malukan Negara Kerdil

EURO 2016

NEGARA 300,000 PENDUDUK MALUKAN RONAlDO

Birkir Bjarnason mencatat rekod dalam sejarah Iceland dengan memecahkan status underdog mereka apabila mengikat Portugal 1-1 dalam saingan Kumpulan F, Euro 2016 di St Etienne, awal pagi tadi.



Negara yang mempunyai populasi penduduk sekitar 300,000, Iceland, membuat kemunculan pertama dalam kejohanan utama dilihat tidak gentar untuk beraksi menentang gergasi Portugal.

Perlawanan berlangsung agak suram, sebelum Nani menjaringkan gol untuk meletakkan Portugal di depan minit ke-31.

Bagaimanapun, kelekaan pertahanan skuad kendalian Fernando Santos itu dihukum selepas Bjarnason bijak mengambil peluang dengan melakukan voley hasil hantaran Johann Gudmundsson di minit ke-50.

Bintang Portugal yang juga penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, jelas kecewa selepas terlepas beberapa peluang dalam usahanya untuk menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam empat edisi Euro berturut-turut.

"Ia adalah mengecewakan, kami berusaha keras untuk memenangi perlawanan ini," katanya.

Ronaldo melakukan sekurang-kurangnya 10 percubaan ke gawang Iceland, namun tidak menemui sebarang gol.

Hungary mengungguli Kumpulan F apabila menewaskan Austria 2-0, manakala Portugal dan Iceland berkongsi mata di tangga kedua dan ketiga.

Portugal akan bertemu Austria pada Sabtu ini di Parc des Princes, Paris, sebelum menentang Hungary Rabu depan.

No comments

Powered by Blogger.