Muhammad Ali Ikon Tinju Islam Yang Tiada Tolak Bandingnya

Muhammad Ali (lahir Cassius Marcellus Clay, Jr.; 17 Januari 1942 - 3 Jun 2016) ialah seorang legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat, dianggap antara peninju heavyweight terhebat dalam sejarah sukan ini. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di kalangan umat Islam seluruh dunia, bukan sahaja kerana kehebatannya, malah juga kerana prinsipnya.[2] Beliau juga telah dinobatkan sebagai "Sportsman of the Century" oleh Sports Illustrated dan "Sports Personality of the Century" oleh BBC.[3][4]


Pada umur 22 tahun, beliau memenangi kejuaraan heavyweight dunia pada 1964 menewaskan Sonny Liston dalam satu keputusan yang mengejutkan. Tidak lama selepas pertarungan itu, pada 6 Mac 1964, pemimpin Nation of Islam Elijah Muhammad telah mengumumkan bahawa jaguh tinju itu telah menyertai mereka dan menukar namanya kepada Muhammad Ali. Beliau memasuki IslamAhli Sunah Waljamaah pada 1975.

Digelar "The Greatest" (Yang Terhebat), Ali terlibat dalam beberapa perlawanan tinju yang bersejarah.[5] Antaranya ialah pertarungan Liston pertama (1964), tiga kali dengan pesaing Joe Frazier (1971-1975), dan sekali dengan George Foreman (1974), di mana beliau mendapat kembali gelaran yang dilucutkan kerana enggan menyertai pengerahan ke Perang Vietnam tujuh tahun sebelumnya.
Pada 1999, anaknya Laila Ali telah meneruskan tradisi bapanya untuk menjadi peninju wanita Islam pertama, walaupun bapanya sebelum itu tidak bersetuju.[6] Sehingga bersara pada akhir 2000-an, Laila tidak pernah kalah dalam kategori super middleweight, dengan 24 kemenangan.[7]

Innalillahiwainnailaihirojiun-,Al -Fatihah


Nama sebenarCassius Marcellus Clay
Nama gelaranThe Greatest
The People's Champion
The Louisville Lip
Berat (timbang)Heavyweight
Tinggi6 ka 3 in (191 cm)[1]
Reach80 in (203 cm)
WarganegaraAmerika Syarikat
Lahir pada17 Januari 1942 (74tahun)
Tempat lahirLouisvilleKentuckyAmerika Syarikat Amerika Syarikat

Rekod tinju
Jumlah perlawanan61
Menang56
Menang melalui KO37
Kalah5
Seri0
Tiada perlawanan0

No comments

Powered by Blogger.