Legenda Barcelona Di Lantik Pengurus Baru Everton

Everton akhirnya memilih Ronald Koeman sebagai pengurus baru kelab itu selepas bekas pemain Belanda itu diikat kontrak selama tiga tahun.


Koeman menjadikan Everton sebagai tapak baru untuknya selepas mencurah bakti bersama kelab Southampton.


Bersama The Saints Koeman membawa pasukannya menduduki tempat ketujuh pada musim 2014/15 sebelum meningkat ke tangga keenam pada musim lalu.
Ia dianggap kejayaan besar kerana Southampton mengutip 63 mata yang juga kejayaan terbesar dalam sejarah mereka setakat ini.
"Saya sangat teruja menjadi pengurus Everton. Saya percaya kelab ini, pasukannya, peminatnya dan kemampuan sedia ada kami mampu mencipta kejayaan besar pada masa depan," katanya kepada evertonfc.com hari ini.
Pada musim lalu Everton - dibawa pengurusan Roberto Martinez - menduduki tangga ke-11 dengan 47 mata hasil 11 kemenangan dan 14 seri.
Martinez kemudian disingkirkan dari Goodison Park oleh pengurusan The Toffee.
Kata Koeman, Everton sebuah kelab yang memiliki sejarah hebat serta realistik dalam cita-citanya.
Di EPL Koeman pernah dipilih sebagai pengurus terbaik bulanan sebanyak tiga kali.
Bermain untuk posisi pertahanan untuk Belanda dan Barcelona Koeman turut melakar nama yang baik ketika menjadi pengurus di Ajax dan Feyenoord.
Bersama Barcelona, Koeman, 53, pernah menjulang kejuaraan Eropah.

No comments

Powered by Blogger.