KISAH RAMADHAN YANG PILU DARI LURAH BILUT


Airmatanya sudah menjadi teman sejati tetapi tidak pernah dipamerkan kepada sesiapapun kecuali  pada Allah tempat mengadu. Kisah duka kehidupannya hanya dikongsi bersama anak-anak dan isteri. Hidupnya tidak mahu mengharapkan ihsan orang tetapi malam itu dia dilanda kebuntuan. Ahmad Fadzli Bin Abdul Malek 44 tahun baharu sahaja keluar dari hospital.Dia yang mengidap Epilepsi tahap kritikal kerap kali keluar masuk hospital kerana kecerederaan pada tubuh badannya ketika jatuh pengsan.



Hatinya   menjadi pilu apabila mengenangkan anak sulongnya Muhammad Haikal Haziq bersekolah di MRSM Kuala Kubu akan pulang ke asrama, bukan sahaja  perbelanjaan di asrama dia tidak mampu sediakan malah duit tambang bas untuk anaknya pulang ke asrama juga dia tidak ada dan 4 lagi anaknya masih bersekolah harus disara dan dicukupi keperluannya.

Selama ini walaupun hidup dalam kemiskinan namun dia tidak pernah menjadikan kemiskinannya sebagai  tiket untuk meminta simpati insan lain. Namun kali ini dia pasrah dalam bulan Ramadhan ini dia tidak ada punca kewangan, isterinya  Roziana Mohamad Idrus 40 tahun, yang menjadi pembantu kedai  di Lemang To'ki juga tidak ada lagi punca pendapatan.kerana kedai Lemang To'ki  ditutup selama sebulan sepanjang Ramadhan.



Akhirnya dia mengalah lalu menghubungi rakan sekolah meminta simpati dan atas pujukkan sahabat tersebut dia membenarkan ceritanya diviralkan untuk memohon sumbangan dari rakan-rakan yang lain. Rakan-rakan sekolahnya juga pernah membantu membuka perniagaan makanan tetapi perniagaan tersebut terpaksa ditutup kerana dia sering pengsan ketika memasak dan pernah sebahagian tubuhnya terbakar terkena api ketika pengsan.

Kini anak nombor duanya Muhammad Aiman Hakim yang berumur 15 tahun mengambil alih tugasnya mencari pendapatan tambahan, Anak ini juga cemerlang dalam pelajaran, ketika UPSR dia mendapat 4A 1B namun tidak menyambung pelajaran ke mana-mana sekolah berasrama akibat kemiskinan keluarganya. Harapannya biarlah abangnya yang sulong menjejak kejayaan dahulu manakala dia menanggung beban tugas membantu ayah yang sakit dan ibu yang bekerja sebagai pembantu kedai dan menjaga adik adik dirumah.

Anak nombor tiga Muhammad Alif Iqbal berumur 13 tahun,  Mohammad Afiq Farhan 7 tahun dan nombor 5 Nuralisa  Irdina  4 tahun tadika kemas.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan Admad Fadzli amat mentik beratkan pelajaran kepada anak-anaknya dia mahu semua anak-anaknya berjaya dan mampumengubah kehidupan keluarga.

Ahmad Fadzli anak jati Pahang dan Isterinya berasal dari Selangor  kini mereka tiggal menyewa di Kawasan Lurah Bilut Pahang.

Kepada semua sahabat dan rakan sekolah SMVKL mari kita sama-sama bantu sahabat seperjuangan ini dan kepada sesiapa sahaja yang prihatin sudikanlah hendaknya membantu beliau terutama untuk keperluan di sepanjang Ramadhan dan Hari Raya nanti..

NO AKAUN

MAYBANK 162124283152
BSN 06700-41-000091229-8
AHMAD FADZLI BIN ABDUL MALEK

No comments

Powered by Blogger.