Kisah Asal Usul Sejenis Kuih Tradisional Terengganu Kuih ' Che Abas Demam' Di Beri Nama

Kisah Asal Usul Sejenis  Kuih Tradisional Terengganu Kuih ' Che Abas Demam' Di Beri Nama
 
Kisah Ini Telah Bermula Di sebuah  Perkampungan Nelayan di Terengganu. Apabila Sepasang  suami isteri Bernama Abas dan Ramlah yang hidup Di Satu Perkampungan Nelayan  Telah Menyediakan Sejenis Hidangan Istimewa Buat si suami yang tiada selera makan akibat demam.Si isteri pula aktif membuat keropok hasil tangkapan ikan Yang Diperoleh si suami .




Akibat Terlalu Risau Dengan Keadaan Yang Berlaku Terhadap Suaminya,Habis juadah telah di sediakan si isteri namum suaminya masih Tiada selera untuk menjamah makanan tersebut.Maka Pada suatu hari si isteri Telah  mendapat idea untuk membuat satu jenis makanan untuk suami . Melihat lebihan tepung kanji serta isi ikan  membuat keropok...

Di ambil tepung kanji Tersebut ,kemudian di bancuh tepung kanji itu di dalam air panas.Tepung kanji di kacau  sehingga menjadi pekat serta  di biarkan sejuk.Sementara menunggu adunan kanji itu sejuk.Sebiji  kelapa Telah Di Perut untuk di ambil santan.Lebihan ikan yang ada untuk membuat keropok Telah Di ambil serta  di bakar.Selepas siap di bakar..ikan itu di buang tulang dan di tumbuk.Kemudian tepung kanji Yang Sudah Sejuk  di potong kecil2.Santan dan isi ikan di càmpur sekali dengan tepung kanji yang sudah dipotong tadi.Bagi Membangkitkan Aroma bawang merah,halia di mayang halus,Di masukkan sedikit halba
, Kemudian semua bahan  di masak sehingga mendidih.

Selepas Siap Di Masak , isterinya membawa makanan itu kepada suaminye..Di suapkan Kuih  itu kepada suaminye. Si suami yang Pada mula2nye tiada selera untuk makan, Terbuka seleranya setelah Di suapkan kuih Itu.

 Habis semangkuk kuih itu di makan oleh si suami.Ternyata dengan kebijaksanaan Si isteri mencipta kuih itu sehingga membuat selera suaminya  Terbuka,Dengan perasaan gembira.
Lebihan kuih itu di agihkn kepada jiran2nye.Setelah jirannya bertanya nama kuih itu,Secara Tidak sengaja si isteri memberi tahu yang kuih itu bernama Kuih 'CHE ABAS DEMAM'

Mengambil nama sempena nama suaminye yang sedang demam ketika menjamah kuih itu Maka Dari Kisah Inilah kuih (CHE ABAS DEMAM) Bermula Sehingga Menjadi Antara Juadah Tradisi Yang Terkenal Di Terengganu

*Kuih Che Abas Demam Tidak Sama Dengan Kuih Asam Gumpal,In Sha Allah Selepas Ini Artikel Berkaitan Kuih Asam Gumpal Akan Admin Kongsikan*

-Kuala Terengganu Post-

No comments

Powered by Blogger.