Jambang Messi Azimat Buat Argentina Mahu Rangkul Kejuaraan Copa Amerika 2016

Menjelang perlawanan menentang Bolivia esok, ayam tambatan Argentina, Lionel Messi, membuat penampilan baru.
Bersama jambang, Messi berkata, dia dan pasukannya percaya ada 'tuah' yang dibawa penampilan barunya itu.

Malah, kata penyerang kesayangan Barcelona itu, jambang berkenaan juga dianggap sebagai azimat oleh rakan-rakan sepasukan.
Argentina kini sedang memburu kejuaraan dalam kejohanan Copa America yang sedang berlangsung di AS.
Sebagai pendahulu kumpulan D, Argentika semakin hampir memasuki pusingan kalah mati selepas memenangi dua perlawanan sebelum ini.
Skuad La Albiceleste tampil cemerlang menumpaskan Chile 2-1 dan membelasah Panama 5-0.
Rakan-rakan sepasukan Messi menilai janggut kapten mereka itu menjadikan Argentina tampil lebih mengagumkan.
Tiada alasan bercukur
Justeru mereka bersungguh-sungguh melarang pemain berusia 29 tahun itu mencukur janggutnya.
"Saya mungkin akan dibunuh kawan-kawan jiua saya mencukur janggut," kata Messi berseloroh.
Menurutnya pemain Argentina percaya janggut itu adalah 'jawapan' kepada usaha pasukan berkenaan mengubah takdir dan rekod buruk mereka yang sudah lama tidak menjulang piala.
Argentina yang kini pasukan di ranking pertama dunia namun kali terakhir mereka meraih gelaran Copa America adalah pada 1993 di Ecuador dengan menumpaskan Mexico 2-1 pada perlawanan akhir.
Dengan sasaran mahu mencipta rekod baru negara, Messi berkeras enggan mencukur janggutnya mengenangkan laluan mereka semakin mudah kali ini.
Dua pesaing utama Argentina - Brazil dan Uruguay - sudah tersingkir apabila gagal di saingan peringkat kumpulan masing-masing.
"Tidak ada alasan untuk mencukur janggut sekarang. Rakan sepasukan pasti tidak akan membiarkan saya (lakukan)," tambahnya.
Bulu di bahagian dagu dan pipi pemain itu dilihat memberi tuah tersendiri. Dia berjaya mencipta hatrik dalam masa 19 minit kepada Argentina bertemu Panama.

No comments

Powered by Blogger.