' Euro 2016 'Perancis Minta Penganjur Melarang Penjualan Arak

Kerajaan Perancis meminta bandar yang menganjurkan Euro 2016 melarang penonton meminum minuman beralkohol di kawasan kejohanan dan zon penyokong bola sepak.
 

Permontaan itu dilakukan berikutan pergaduhan antara penyokong dan polis di Marseille.
 
Persatuan Bola Sepak Kesatuan Eropah (UEFA) sedang menyiasat insiden penyokong Rusia terlibat dalam pergaduhan dengan penyokong England ketika perlawanan antara England dan Rusia berlangsung. Perlawanan pada Sabtu lalu berkesudahan seri 1-1.
 
Kedua-kedua pasukan itu berdepan penggantungan sekiranya pergaduhan penyokong kedua-dua pasukan tercetus lagi.
 
United Kingdom turut menawarkan pasukan polis tambahan menjelang aksi kedua England di Lens pada Khamis ini.
 
Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve kesal dengan insiden yang tercetus pada Euro 2016.
 
"Saya telah meminta langkah wajar diambil segera untuk melarang penjualan, pengambilan dan pengedaran minuman beralkohol di kawasan-kawasan sensitif pada hari perlawanan Euro dan sehari sebelumnya.
 
"Ia juga digunapakai ketika zon penyokong dibuka menjelang perlawanan dimulakan.
 
"Larangan itu termasuklah kawasan orang awam dan kedai atau premis makanan," kata Cazeneuve.
 
Pihak berkuasa kejohanan Euro turut melarang bar dan kafe daripada menghidangkan minuman dalam bentuk bekas atau kotak yang boleh digunakaan pengguna atau penyokong sebagai senjata menyerang.
 
"Insiden yang telah berlaku di Marseille tidak boleh diterima oleh pihak berkuasa, masyarakat setempat dan kesemua peminat bola sepak," katanya.

No comments

Powered by Blogger.