Terengganu Cipta Kejutan Final Hoki Tun Abdul Razak TNB Edisi Ke-54

Pasukan Hoki Piala Razak Terengganu melakar Kejayaan Apabila muncul juara Buat Kali Ke-2 Piala Tun Abdul Razak TNB Edisi Ke -54 2016 Division 1 selepas mencatat kemenangan  3-0 ke atas PDRM pada aksi akhir Piala  berkenaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Malam Tadi.

Kemenangan Malam Tadi Lebih Manis Apabila Pasukan Yang Di Barisi 4 Senior Terengganu Yang Bermain Untuk Malaysia ,1 orang  Senior Negeri dan 13 Pemain Bawah 21 Terengganu Yang Akan Mewakili Terengganu Ke Sukma 2016 Sarawak Hanya Di Letakkan Sebagai Pasukan Underdog Berbanding Pasukan Lawan Mereka PDRM Yang Telah Mencipta Kejutan Di Separuh Akhir Mengatasi Pasukan Perak Yang Di sertai Ramai Pemain Kebangsaan.

 2 Gol Pasukan Terengganu  Malam tadi Telah Di Jaringkan Oleh Pemain Prolifik Negara  Faizal Saari Pada Minit Ke - 41 dan minit ke- 52 Serta Pemain Pelapis Terengganu Akhimullah Anuar Esook Minit Ke-57 .Sebelum Itu Terengganu Telah Mencipta Kejutan apabila Menewaskan Melaka Yang Juga Juara Bertahan Di Separuh Akhir dalam Laluan Ke Perlawanan Akhir.Manakala Faizal Saari Yang Juga Kapten Terengganu Telah Di Pilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan akhir serta Penjaring Terbanyak Kejohanan kali ke-54 Ini


Menteri Besar Terengganu Tuan Haji Ahmad Razif Abdul Rahman ,Exco Belia dan Sukan Terengganu Dato' Haji Rozi Mamat Serta Pegawai Kewangan Negeri Dato' Haji Wan Nawawi Ismail Antara Yang Hadir Memberi Sokongan Pada Perlawanan Tersebut Yang Kali Terakhir Di Menangi  Terengganu Pada Tahun  2012 Mengalahkan Pahang.

#Kuala Terengganu Post#

No comments

Powered by Blogger.