Semua Berakhir,Saya Mahu Buat Kerja

Krisis MB Terengganu: 'Semua sudah berakhir, saya mahu buat kerja

KUALA NERUS: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman meminta mana-mana pihak tertentu agar menghentikan spekulasi pertukaran Menteri Besar negeri itu.

Tegasnya, ia sepatutnya tidak lagi ditimbulkan kerana isu berkenaan disifatkan sudah berakhir dan beliau hanya ingin menjalankan tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa.

Ahmad Razif mengulas tindakan sebuah portal di negeri itu yang menyiarkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan tertutup dengan ahli serta pemimpin UMNO sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu.

“Saya tak tahulah. Saya pun tidak terlibat dengan Terengganu Times ini. Kadang-kadang banyak sangat cerita yang tidak betul,” katanya.

Tegasnya, kedudukannya sebagai Menteri Besar bergantung kepada kepercayaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan presiden parti.

Ditanya pandangannya mengenai kenyataan Perdana Menteri berhubung isu terbabit, ini jawapannya:

"Itu kena tanya (YAB) Perdana Menteri kita sendiri. Tapi bagi saya hari ini Perdana Menteri menyatakan bahawa isu ini sudah habis, sudah tidak ada. Untuk bergerak ke hadapan, kita sedang berkerja menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang sudah tidak lama lagi,” katanya

Ahmad Razif ditemui selepas merasmikan karnival My Skill Fair dan Dapur Terengganu di sini, malam tadi.

No comments

Powered by Blogger.