Pasar Payang Bakal Berwajah Baharu

Pasar Kedai Payang merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu .Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular di kalangan masyarakat dan pelancong ke Terengganu.


                                    


                                 (lakaran grafik pasar payang yang Akan Dinaiktaraf)

Pasar Kedai Payang mula beroperasi sekitar tahun 1967 dan merupakan pasar utama dan tarikan perniagaan utama di Kuala Terengganu pada masa itu.Pada tahun 1983,Pasar Kedai Payang Telah diubahsuai bagi mewujudkan sebuah pasar moden yang masih di gunakan sehingga ke hari ini.Namun Pasar Kedai Payang sekarang sudah tidak selari dengan arus kemajuan ,dan juga kerana masalah struktur yang serius ,Pasar Kedai Payang perlu di ubahsuai.


Satu projek Cadangan Pembangunan Semula Kompleks Pasar Kedai Payang telah di usulkan dengan kerjasam Kerajaan Negeri serta Kerajaan Pusat bagi menaiktaraf Pasar Kedai Payang sedia ada kepada sebuh pasar yang baru ,selamat,selesa dan mampu membantu para peniaga dan masyarakat untuk menjana pendapatan disamping mengekalkan keunikan Kuala Terengganu



Sekitar lawatan kerja sehari Perdana Menteri Ke Terengganu kelmarin beliau telah mengumumkan kelulusan peruntukan Rm 78 juta bagi membangunkan semula Pasar Payang,Projek di bawah peruntukan Kementerian Kesejahteraan Bandar,,Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu di jangka siap pada tahun 2018.

Selain itu Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan peruntukan lain antaranya peruntukan Rm 500 Ribu bagi membaik pulih Bot Penambang dan Beca serta Peruntukan Rm 2.5 juta bagi memperkasakan institusi Pendidikan Pondok di Malaysia.




No comments

Powered by Blogger.