Maggi Pedas Giler Dari Korea Halal Di Makan

INFO STATUS HALAL MEGI PEDAS GILERR DARI KOREA BY FARAH LEE

Salam. Terkesan juga saya dengan viral kes 불닭볶음면 (mee segera Korea pedas gila) tu even saya sendiri tak pernah makan. Awalnya ramai bertanya status halal Ramyeon ni. Jawab saya, kalau ada cop halal dari KMF, inshaAllah halal, sebab sebagai seorang yang pernah berkerjasama dengan KMF semasa menuntut di sana dahulu, saya yakin dengan status halal tersebut. Rupanya ada kes katanya pada bahagian belakang ada tertulis Ramyeon ni diproses guna bekas yang sama memproses daging dweji (babi).

Jadi saya terus tanya dan bincang dengan kawan-kawan Korean Muslim dan kenalan Malaysia di sana. Mereka bagitahu saya, Ramyeon 불닭볶음면 untuk diexport, mereka proses dari kilang berbeza, yang khas untuk produk export sahaja. Packaging juga khas dalam Bahasa Inggeris dan tidak mengandungi ayam mahupun diproses menggunakan mesin yang sama digunakan untuk memproses bahan yang mengandungi bahan haram. Sebab tu dapat sijil halal dari KMF.

Kes post viral coversation antara saudari dari Malaysia dan Mat Korea Edward Kim tu dah sampai pada KMF, Samyang (pengeluar Ramyeon), JAKIM, pihak Halal Korea dan banyak lagi pihak terlibat.

Alhamdulillah akhirnya dah dapat jawapan. Pihak Samyang maklumkan ia adalah berkenaan masalah packaging yang digunakan. Awal production, walaupun dihasilkan di kilang export dan bahan serta cara pembuatannya adalah halal, mereka guna packaging lama (yang ada tulis benda isu tersebut). Mereka juga maklumkan, Edward Kim tersebut tiada apa apa kaitan antara KMF mahupun Samyang (dalam kata lain entah sape sape je mamat ni), jadi mereka minta kerjasama jika ada di antara kita ada berhubung dengan Edward Kim untuk bagi maklumat pada mereka.

Kesimpulannya, 불닭볶음면, Hot Chicken Flavor Ramen ADALAH HALAL DIMAKAN (just make sure ada cop halal dari KMF). Penerangan lanjut setiap pihak pun ada dalam gambar di bawah. Rajin-rajin baca ya. Allahu'alam. Kalau rasa waswas juga, tak perlu lah makan, tapi tak perlulah juga hentam orang yang pilih untuk makan. Cinta ni subjektif. Hiks..

Semoga sedikit perkongsian dari ilmu, kenalan, dan pengalaman di bumi K-Pop ini membawa manfaat pada kalian semua. Saya share sebab saya tahu ramai orang Malaysia suka dengan Korea dan isinya haha.. Harapnya saya ni masih berguna juga lah kan walau kena hentam cakap belajar sampai ke Korea tapi sia-sia sebab balik tak kerja jadi engineer. Haha.. Tapi saya masih tegar pertahankan, ilmu dan pengalaman takkan pernah sia-sia. Ok lah taknak gaduh, kbai.

#Beli Yang Ada Logo Halal Sahaja
#Kalau Was-Was Jangan Makan

No comments

Powered by Blogger.