Maafkan Saya Jeevanthan

Maafkan saya: Jeevanathan
Jeevanathan cuba menyekat cubaan pemain JDT daripada membolosi gawang PKNS. Foto: JOHOR SOUTHERN TIGERS
PENJAGA gol PKNS FC, G Jeevanathan kecewa kerana gagal membantu skuad Semut Merah meraih Piala FA selepas pasukannya tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT), kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, beliau akur dengan keputusan itu dan menganggap faktor nasib menjadi penghalang pasukannya melakarkan kemenangan.

“Kecewa itu memang ada, lebih-lebih lagi saya merupakan benteng terakhir pasukan.
“Saya ingin memohon maaf kepada penyokong di atas kegagalan ini. Namun saya berharap rakan sepasukan bangkit daripada kekalahan ini,” katanya.

Jeevanathan berkata, perjuangan mereka tidak akan berhenti dan akan memperbaiki kelemahan untuk beraksi cemerlang di saingan Liga Perdana.

“Dalam bola sepak kadang-kadang kita menang, kadang-kadang kita kalah... kita terima dengan hati terbuka,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.