Korea Utara Ancam Bedil Kapal Perang Korea Selatan

Pyongyang SABTU, 28 MEI 2016 -  PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-Un. -
Korea Utara mengancam membedil kapal perang Korea Selatan jika menyeberangi sempadan perairan di barat yang menjadi rebutan. Amaran itu dikeluarkan sehari selepas tentera laut Korea Selatan melepaskan tembakan amaran untuk mengusir dua kapal negara jirannya yang melanggar sempadan.


 Ketua Turus Angkatan Tentera Rakyat Korea Utara (KPA) hari ini menyiarkan kenyataan menerusi media menyifatkan tindakan Seoul sebagai provokasi tentera bertujuan melenyapkan semua peluang dialog antara kedua-dua negara. KPS berkata, ia akan melepaskan tembakan secara langsung tanpa amaran ke arah kapal tempur Korea Selatan jika menceroboh sempadan laut walaupun cuma pada jarak 0.001 milimeter. Korea Utara, sejak beberapa minggu ini menuntut Korea Selatan menerima desakan menyambung semula rundingan selepas tertangguh berikutan ujian nuklear Pyongyang, Januari lalu. Seoul, bagaimanapun menolak jemputan itu. - AP

No comments

Powered by Blogger.