Terengganu & T.Team Tempah Laluan Maut Piala Malaysia 2016
Undian bagi
menempatkan 16 pasukan terbaik yang terdiri daripada 11 pasukan Liga Super dan
5 pasukan Liga Premier untuk menghadapi saingan kejohanan bola sepak Piala
Malaysia 2016 juga edisi ke-90 akan diadakan pada hari Isnin, 23 Mei 2016
Kesemua 16 pasukan yang layak ke persaingan TM Piala Malaysia 2016 akan diundi
serta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C, D.
Setiap
kumpulan dihuni oleh empat pasukan Format Kelayakan Pasukan TM Piala Malaysia
Tahun 2016 11 pasukan teratas dari Liga Super layak secara automatik ke saingan
Piala Malaysia 2016, 5 pasukan teratas dari Liga Premier turut layak secara
automatik ke saingan Piala Malaysia 2016.
Tiada aksi
kelayakan seperti tahun-tahun sebelumnya berikutan kedudukan 1-11 pasukan Liga
Super dan kedudukan 1-5 pasukan Liga Premier sehingga perlawanan ke-11 Liga
telah dinilai layak secara automatik ke saingan Piala Malaysia musim 2016
KEPUTUSAN
UNDIAN PASUKAN DALAM KUMPULAN TM PIALA MALAYSIA 2016.
Sebelum
undian, 16 pasukan telah ditempatkan dalam 4 balang dan undian rasmi bagi
menentukan kumpulan masing-masing akan dibuat pada 23 Mei 2016, Isnin bermula
jam 10.30 mlm serta disiarkan secara siaran langsung di program Scoreboard TV9.
Post a Comment