1113 Murid Menerima Sumbangan Sepasang Pakaian Raya Setiap Seorang

Yang Dipertua Perkaya, Prof Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor berkata, peruntukan itu adalah sumbangan oleh kerajaan negeri dan derma daripada orang ramai.
“Saya menyeru semua anggota masyarakat, para dermawan agar terus membantu Perkaya bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga sokongan moral bagi menjayakan wawasan Perkaya dari semasa ke semasa,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Raya Anak-Anak Yatim Tahun Tiga dan Enam Sekolah Rendah Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Pelajar Asrama Perkaya di Kediaman Seri Iman, hari ini.

Pada majlis itu, 1113 murid menerima sumbangan sepasang pakaian raya setiap seorang yang disempurnakan Isteri Menteri Besar, Halina Zakaria.
Katanya agihan akan diberi secara berperingkat mengikut daerah dan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus merupakan daerah pertama.
Post a Comment